Aksi golf IEM UNIMAS hari ini

0

KUCHING: Institut Jurutera Malaysia (IEM) Seksyen Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan menganjurkan Pertandingan Golf Terbuka UNIMAS 2014 di Samarahan County Club hari ini (26 Oktober).

Pertandingan tersebut terbuka kepada semua pemain yang berminat dengan mempertaruhkan dua kategori iaitu terbuka (nett over gross) dan VIP.

Menurut kenyataan akhbar UNIMAS semalam, pertandingan itu diadakan bagi merapatkan hubungan antara warga UNIMAS, badan-badan korporat, badan bukan kerajaan (NGO), ahli-ahli perniagaan dan para peminat sukan golf di sini.

Selain itu, ia juga diharap dapat membuka peluang perniagaan di UNIMAS melalui aktiviti sukan termasuk mempromosi Seksyen Pelajar UNIMAS IEM kepada orang awam.

Penyertaan terhad kepada 80 peserta sahaja dengan yuran sebanyak RM250 dikenakan bagi setiap peserta merangkumi sarapan pagi, makan tengah hari, cenderamata, perkhidmatan buggy dan padang.

IEM menawarkan hadiah lumayan kepada para pemenang.