KRT Kampung Bahagia Jaya anjur ceramah Awal Muharam

0

SIBU: Ceramah Awal Muharam diadakan di Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Bahagia Jaya Teku di sini kelmarin sempena kedatangan bulan pertama dalam Takwim Islam.

Program itu untuk memberi penerangan mengenai bulan Muharam dan isu-isu semasa.

Selain itu, ceramah disampaikan Ustaz Fathoni Sukriyo turut menyentuh mengenai kehidupan Rasulullah SAW sebelum baginda berhijrah.

Di samping itu, Fathoni juga mengajak penduduk Kampung Bahagia Jaya agar menghijrahkan diri menjadi insan lebih baik dan taat kepada perintah Allah.

Walaupun ceramah itu secara sederhana, tetamu kelihatan begitu menghayati setiap kata-kata disampaikan agar dapat menjadi pengajaran kepada mereka.

Ceramah bermula jam 2.30 petang dan berakhir sebelum Asar itu diteruskan dengan jamuan ringan bersama hadirin.

Turut hadir Pengerusi KRT Kampung Bahagia Jaya Teku, Hasbi Mahmud dan Bendahari KRT, Borhan Mahmud.