MBM buka kaunter bayar cukai pintu waktu rehat

0

MIRI: Pusat Sehenti Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan beroperasi pada waktu rehat makan tengah hari untuk membolehkan penduduk menjelas bayaran cukai pintu sebelum tarikh tutup 31 Oktober.

Selain itu, waktu operasi kutipan bayaran Isnin hingga Jumaat dilanjut dari jam 8 pagi hingga 4 petang.

Pusat Sehenti juga beroperasi hari ini, 26 Oktober bermula jam 8.30 pagi hingga 4 petang termasuk waktu tengah hari.

Pembayar cukai juga boleh mendapatkan salinan cukai pintu mereka di pusat tersebut yang terletak di bangunan tempat letak kereta MBM.