Wanthur, Conny ‘raja’ saingan memanah

0

MIRI: Wanthur Yong dan Conny Chai dinobatkan sebagai juara kejohanan memanah ‘14th King’s Champion Cup’ yang diadakan di sini.

Wanthur dan Conny masing-masing memenangi kategori ‘Recurve Open Olympic Round’ dan ‘Compound Open Olympic Round’.

Bagi kategori ‘Mixed Team Event Olympic Round’, Li Ching Wei dan Eddie Paul dinobatkan sebagai pemenang.

Sementara pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat kategori ‘Recurve Open Olympic Round’ masing-masing menjadi milik Li Ching Wee, Karen Chin dan Bryson Ting.

Manakala empat pemenang sagu hati ialah Noah Owena, Natasha Ting, Adam Aiman dan Lynel Ethan Chung.

Bagi kategori ‘Compound Open Olympic Round’, tempat kedua dimiliki Danny Chew, ketiga ialah Lee Kuok Seng, diikuti Esther Yong tempat keempat.

Manakala empat pemenang sagu hati kategori terbabit ialah Ting Kee Wei, Kenneth Chong, Andy Loo dan Vanessa Voon.

Kategori berkumpulan ‘Mixed Team Event Olympic Round’, pasangan Karen Chin dan Ngu Gao Teck di tempat kedua, diikuti Bryson Ting dan Danny Chew (ketiga) dan keempat Ting Kee Wei dan Lynel Ethan Chun.

Semua pemenang membawa pulang piala, medal dan baucar tunai.

Jurulatih Memanah Miri, David Ting ketika ditemui memberitahu kejohanan itu merupakan aktiviti tahunan sempena sambutan ulang tahun ‘King’s Archery’.

“Konsep pertandingan ini adalah terbuka kepada tiga kategori disertai lebih 40 pemanah umur 11 hingga 40 tahun,” katanya sambil menambah acara berkenaan diadakan selama dua hari.

Mengenai pusat memanah ‘King’s Archery’, Ting berkata pusat terbabit akan berpindah ke tempat baharu di Permaisuri Imperial City Mall pertengahan November depan.

Beliau berkata, pusat yang sedia ada di Merdeka Mall akan ditutup kepada umum bermula 31 Oktober ini.

“Memandangkan keluasan pusat baharu agak terhad, semua latihan bermula November akan dilakukan di luar menggunakan kemudahan sedia ada.

“Malah, kita turut menerima sejumlah peruntukan daripada Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin dan kita amat berterima kasih serta menggunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan sukan memanah di sini,” katanya.