Dua pelajar GIATMARA Saratok harumkan nama Malaysia

0

SARATOK: Siapa sangka, dua anak jati pekan kecil Saratok berjaya mengharumkan nama negara dan Sarawak apabila memenangi pingat emas dan gangsa dalam Pertandingan Kemahiran ASEAN Ke-10, baru-baru ini.

Dua pelajar GIATMA-RA Saratok ini menyertai Pertandingan Kemahiran ASEAN Ke-10 di Vietnam pada 19 hingga 29 Oktober lalu.

Dalam pertandingan terse-but, Mimi Faizura Shamsudin memenangi pingat emas melalui Pertandingan Te-knologi Fesyen.

Sementara itu, Hamdan Majeni telah memenan-gi pingat gangsa dalam Pertandingan Penyususan Bata.

Dengan kejayaan itu, Mimi Faizura yang dibimbing oleh jurulatihnya Misuri Tuah berjaya membawa pulang pingat emas,sijil penyertaan dan wang tunai RM14,000.

Bagi Hamdan pula yang dibimbing oleh jurulatihnya Masran Moshidi, membawa pulang pingat gangsa,sijil penyertaan dan hadiah wang tunai RM5,000.

Keputusan tersebut te-lah diumum secara rasmi sempena majlis penutupan ASEAN Skills Competition 2014 di Hanoi, Vietnam malam kelmarin.

Dengan Kejayaan tersebut, kedua-dua peserta GIAT-MARA Saratok ini secara automatik mewakili Malaysia ke Pertandingan Kemahiran Dunia 2015 atau World Skills Competition 2015 di Sao Paolo, Brazil Ogos tahun depan.

Seramai 51 peserta mewak-ili Malaysia dengan negara membawa pulang sembilan emas, lima perak dan empat gangsa dalam pertandingan terbabit.