Pendidikan tinggi jamin masa depan cerah

0

TERBAIK: Dennis menyampaikan anugerah kepada Sharifah Nur Asyilah dan Ahmad Syaril sambil disaksikan tetamu lain.

Pelajar luar bandar diingat bahawa masa depan adalah di tangan mereka sendiri, perlu berpendidikan tinggi

Oleh W. Bolly Ongie //

MARUDI: Pelajar di luar bandar diingatkan bahawa masa depan mereka adalah di tangan mereka sendiri dan oleh yang demikian mereka perlu mempunyai pendidikan tinggi dan baik bagi menjamin masa depan yang cerah.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau memberitahu, pada masa yang sama guru yang terlibat dalam pendidikan adalah insan yang berjaya untuk masa depan yang amat baik selain ibu bapa.

“Kita tidak dapat mengubah bangsa kita daripada bangsa Penan, Kayan, Kenyah atau Iban menjadi bangsa lain, tetapi kita dapat mengubahnya melalui pendidikan yang akan membawa kepada perubahan dalam kehidupan dan kemajuan bangsa kita,” katanya.

Ini kerana menurut Dennis, kejayaan mereka pada masa depan dibuktikan melalui kejayaan mereka dalam pendidikan, iaitu bakal berjaya dalam bidang perniagaan, profesional dan sebagainya.

Oleh sebab itu katanya, kerajaan memberi pendidikan kepada rakyat di negara ini termasuk mereka di luar bandar Baram, seawal usia empat tahun (prasekolah) hingga 21 tahun.

Dan pada usia 60 tahun ka-tanya, mereka boleh menik-mati kehidupan yang senang hasil daripada kejayaan pen-didikan yang diperolehi dan dicapai mereka.

“Justeru, dalam perkara ini kita perlu memberi fokus kepada pendidikan dan jan-gan sesekali kita terkandas di pertengahan jalan iaitu tingkatan tiga atau lima dan seterusnya tidak mahu ber-sekolah,” katanya.

Dennis berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Telang Usan di Dewan Sri Perkasa sekolah tersebut, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, be-liau turut mengumumkan geran peruntukan kecil luar bandar berjumlah RM50,000 untuk membina bumbung laluan pejalan kaki di se-kolah, RM10,000 untuk SMK Telang Usan dan RM5,000 untuk PIBG sekolah.

Turut hadir Pegawai Pen-didikan Daerah Baram Yunos Apok, Pengetua Saripah Azizah Wan Hussain dan Pengerusi PIBG Rosidi Bu-jang.

Sementara itu penerima Anugerah Pelajar Hara-pan Pendidikan Khas ialah Hii Mei Ling, Anugerah Kokurikulum pula dimenangi oleh Ahmad Shyahril Jahar dan Anugerah Pencapaian Keseluruhan jatuh kepada Sharifah Nur Asyilah Wan Omar.