Urutan terakhir

0

MATI MENGEJUT: Mayat mangsa yang dihantar ke HUS untuk bedah siasat semalam.

KUCHING: Mengadu sakit badan dan minta diurut merupakan permintaan terakhir seorang lelaki kepada anaknya sebelum dia pengsan dan disahkan meninggal dunia di rumahnya kelmarin.

Mangsa iaitu Man Anyie, 56, berasal dari Tatau sebelum kejadian dikatakan seperti biasa melakukan rutin hariannya seperti membaca surat khabar dan menonton televisyen di rumahnya di Matang.

Pada jam 8 malam, mangsa yang baharu keluar dari tandas, memanggil anaknya dan mengadu mengalami sakit badan sebelum meminta anaknya untuk mengurut badannya.

“Ketika anaknya sedang mengurut badan mangsa, dia dikatakan tiba-tiba pengsan menyebabkan anaknya panik dan terus menghubungi pihak ambulans untuk bantuan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik selepas itu,” kata sumber.

Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat oleh keluarga mangsa dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.