Didenda RM4,500 gara-gara simpan harta curi

0

MIRI: Seorang lelaki didenda RM4,500 atau dua bulan pen-jara oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan menyimpan pelbagai jenis harta curi.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Lovely Natasha Charles setelah menimbang-kan beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengam-bilkira kepentingan awam.

Jay Kishen James Wan, 25, dari Tudan Desaras di sini tel-ah didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati meny-impan harta curi iaitu dua unit ‘power bank’ berserta kabel, satu unit ‘Inventec Besta’ serta sarung, dua utas jam tangan masing-masing jenama Titoni dan Guess, sepasang anting-anting warga kuning/putih serta sarung dan sepasang selipar hitam kepu-nyaan Ho Sheng Quan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3.30 petang, 14 Oktober lalu di sebuah rumah di Tudan Fasa 6 di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh memohon agar hu-kuman ke atasnya diringankan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.