Lelaki hilang ditemui mati tergantung

0

MUKAH: Soerang lelaki yang dilaporkan menghilangkan diri sejak dua hari lepas ditemui mati dalam keadaan tergantung di rumahnya di Kampung Penakub Ulu, di sini kelmarin.

Menurut sumber, mangsa Kueh Hoon Sia berusia 46 tahun mulanya menimbul-kan kerisauan penduduk di kampung tersebut setelah dia menghilangkan diri sejak dua hari lepas.

Penduduk kampung ber-sama keluarga mangsa kemu-dian bersepakat untuk pergi ke rumah mangsa, namun mendapati pintu rumahnya itu tertutup rapat dari dalam menyebabkan mereka ter-paksa memecahkannya.

“Selepas memeriksa ke dalam rumah, mereka terke-jut apabila menemui mangsa dalam keadaan tergantung di dapur rumah tersebut dan tidak lagi bernyawa,” kata sumber.

Difahamkan, mangsa yang juga mempunyai masalah mental dilihat semakin hilang arah sejak kematian bapanya beberapa bulan lepas.

“Dia (mangsa) sebelum ini pernah memberitahu yang dia bosan dengan kehidupannya tambahan dia tidak memiliki sebarang pekerjaan dan tidak berkahwin,” kata sumber yang turut memberitahu mangsa sebelum ini hanya tinggal bersama dengan ba-panya.

Timbalan Ketua Polis Balai Sarjan Major (SM) Che Ha-mid Mat Zin memberitahu pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6.15 petang kelmarin.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Mukah untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya untuk upacara pengebumian,” katanya.