Masih belum capai tahap dikehendaki DBP

0

Oleh Rusnan Mustafa//

GUNALAH BAHASA KEBANGSAAN: Dr Hazami pada sidang media Karnival Semarak Bahasa 2014 sempena Bulan Bahasa Kebangsaan di Kuching, semalam.

KUCHING: Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam iklan yang diletakkan di tempat awam di negeri ini masih belum mencapai tahap dikehendaki oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pengarah DBP Sarawak Dr Hazami Jahari mendedahkan daripada tinjauan awal yang dilakukan sepanjang dua ta-hun lepas iaitu di bandar Sibu (2013) dan Bintulu (2014) mendapati penggunaaan Ba-hasa Kebangsaan dalam papan tanda iklan di tempat awam belum mencapai tahap yang ditetapkan.

“Kita telah menjalankan tinjauan awal tahap peng-gunaan Bahasa Kebangsaan dalam papan tanda iklan di tempat awam di dua bandar terpilih.

“Tahun lepas kita buat di Sibu dan tahun ini kita buat di Bintulu yang mana kita mendapati khususnya dalam iklan di tempat awam me-mang tidak mencapai tahap yang kita perlukan.

“Masih banyak yang perlu kami (DBP) lakukan untuk memastikan ia (Bahasa Ke-bangsaan) digunakan dalam papan tanda iklan,” ujarnya pada sidang media Program Karnival Semarak Bahasa di Balai Budaya DBP di sini semalam.

Menyentuh mengenai penggunaan Bahasa Kebang-saan di bandar raya Kuching pula, Dr Hazami berkata, di kawasan Utara pihaknya telah menjalinkan persetujuan dan kerjasama erat dengan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

“Apa jua iklan yang hendak dipamerkan di tempat awam, teksnya mestilah dihantar kepada DBP terlebih dahulu untuk disahkan sebelum per-mit dan lesen dipohon kepada DBKU,” jelasnya sambil me-nambah proses pengesahnan itu tidak memerlukan masa yang lama.

Manakala, bagi kawasan Selatan beliau memberitahu DBP kini sedang mengusa-hakan kerjasama yang lebih baik dengan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk tujuan sama.

“Namun, kita tidak mem-punyai kuasa untuk pen-guatkuasaan dan untuk masa ini, kita hanya menegur secara baik,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat memainkan peranan dalam memarta-batkan penggunaan Bahasa Kebangsaan di negeri ini.

“Sebelum ini, kita telah menjalankan taklimat bersa-ma PBT dengan restu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 21 September lalu ten-tang pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan di seluruh Sarawak,” ujarnya.

Terdahulu, Dr Hazami memberitahu dari 3 hingga 9 November ini, DBP akan mengadakan Karnival Sema-rak Bahasa Peringkat Negeri di DBP Cawangan Sarawak, Petra Jaya di sini sempena Bulan Bahasa Kebangsaan.

Jelasnya, pada karnival itu, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan antaranya pameran dan jualan buku, kuiz bahasa, cabutan bertuah, baca puisi, syair, pantun dan lagu puisi, teka buku dan banyak lagi aktiviti menarik.

Majlis perasmian karnival dijangka akan disempurnakan oleh Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai pada 3 Novem-ber, jam 10 pagi.

“Pada sebelah malamnya kita mengadakan pertandin-gan Sayembara Monodrama peringkat saringan yang disertai tujuh kumpulan dan peringkat akhir akan diadakan pada 4 November,” katanya.

Antara aktiviti lain, Malam Kesenian P. Ramlee (5 No-vember), Malam Pengucapan Puisi Palestin (6 November), Jejak Cinta Bahasa dan Malam Puisi Cinta dengan penampi-lan khas artis jemputan Na-jwa Latif (8 November) dan majlis penutupan pada 9 November.