MBMB terima anugerah Bandaraya Persekitaran Lestari ASEAN 2014

0

MELAKA: Majlis Banda-raya Melaka Bersejarah (MBMB) menerima anugerah Bandaraya Persekitaran Lestari ASEAN 2014 sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN di Vientiane, Laos, malam kelmarin.

Anugerah yang disampaikan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli Laos Noulin Sinbandhit diterima Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu.

Zainal berkata MBMB merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) ketiga di Malaysia yang menerima anugerah tersebut selepas Dewan Bandaraya Kuching Selatan (2008) dan Perbadanan Putrajaya (2011).

“MBMB menerima anugerah ini atas projek peng-indahan dan pemuliharaan Sungai Melaka dalam kategori pengurusan air yang tidak tercemar serta mengekalkan keadaan semulajadi Sungai Melaka walaupun terdapat pembangunan pesat di se-kitarnya.

“Pengiktirafan tersebut merupakan satu penghormatan antarabangsa bukan sahaja kepada warga Bandaraya Melaka Bersejarah tetapi adalah untuk semua rakyat Melaka dan Malaysia secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Zainal berkata MBMB pernah menerima pengiktirafan antarabangsa dalam penjagaan persekitaran lestari iaitu anugerah ‘Green Apple Award’ dan Duta Hijau daripada Pertubuhan Hijau yang berpangkalan di United Kingdom pada tahun lepas.

Majlis penganugerahan yang berlangsung sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN pada 29 Okt hingga semalam turut mengiktiraf 15 lagi bandaraya di ASEAN termasuk Bandar Seri Begawan (Brunei), Battambag dan Pnom Penh (Kemboja), Balikpapan dan Tangerang (Indonesia) dan Luang Prabang (Laos).

Anugerah yang diadakan setiap tiga tahun itu diberi-kan kepada PBT atau organi-sasi yang terlibat dalam usaha pengurusan alam sekitar dan mempromosikan persekitaran segar di kawasan pentadbiran mereka dengan mengambil kira beberapa ciri termasuk udara yang bersih, tanah serta pengurusan air yang tidak tercemar. — Bernama