Penyangkak jalanan

1

Oleh Jeremy Lanson//

DITAHAN: ‘Ah Kiong’ ditahan di sebuah kedai buah-buahan di Tabuan Laru oleh anggota polis selepas menerima laporan berhubung kejadian.

KUCHING: Gara-gara kemalangan kecil, seorang pelajar sebuah universiti swasta di sini nyaris ditembak oleh seorang pemandu lori yang dipercayai naik berang ekoran insiden di Jalan Foochow itu, semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila pelajar lelaki berusia 19 tahun itu bertindak mengejar lori yang terdahulunya melanggar cermin sisi kereta Proton Exora yang dipandunya sekitar jam 9.30 pagi.

Menurut sumber, pelajar itu berjaya menghalang lori tersebut yang dikatakan cuba melarikan diri, namun pertikaman lidah tercetus di antara mereka sebelum pemandu lori itu dipercayai melepaskan satu das tembakan.

“Cermin sisi kanan Proton Exora yang dipandu pelajar itu dilanggar lori yang cuba memotong dan mengelak kenderaan yang datang dari arah hadapan.

“Pelajar itu kemudian meminta pemandu lori memberhentikan lorinya namun tidak dipedulikannya menyebabkan dia terpaksa memintas lori tersebut untuk memaksa dia berhenti.

 

“Pemandu lori terbabit yang marah kemudian keluar dari lorinya. Dia turut menge-luarkan selaras senapang dan terus mengacukannya ke arah kakak pelajar terbabit yang turut berada di tempat kejadian,” kata sumber.

Risau akan keselamatan-nya, pelajar terbabit yang cuba menyelamatkan diri terdengar satu das tembakan dilepaskan ke udara sebelum pemandu lori itu beredar dari tempat kejadian.

Adik beradik itu kemudian tampil membuat laporan polis berhubung kejadian di balai polis berhampiran dan pe-mandu lori tersebut berjaya diberkas beberapa jam ke-mudian hasil tindakan pantas anggota polis.

Ketua Polis Daerah Kuch-ing ACP Roslan Bek Ah-mad mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu pihaknya turut merampas selaras senapang angin buatan sendiri.

“Anggota dari Jabatan Sia-satan Jenayah (JSJ) D9 dan Balai Polis Sekama diketuai Inspektor Ahmad Naim telah mengesan suspek di sebuah kedai menjual buah-buahan di Tabuan Laru dan terus menangkapnya.

“Turut dirampas sebuah lori dan selaras senapang angin buatan sendiri yang disorokkan di dalam stor. Sus-pek yang dikenali sebagai ‘Ah Kiong’ akan direman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971.