Polis mohon bantuan cari suspek nahas maut

0

KUCHING: Bahagian Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Samarahan memohon bantuan orang ramai untuk mengesan suspek kemalangan maut di KM11 Jalan Kota Samarahan/Tabuan Jaya pada 18 Mei lepas.

Mangsa seorang wanita, Goh Chee Mui, 39, berasal dari Kenyalang Park men-inggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) eko-ran kecederaan parah yang dialaminya.

Pihak polis masih men-jalankan siasatan dan berusaha mengesan sama ada terdapat saksi atau terlibat dalam ke-malangan itu.

Orang ramai atau saksi diminta datang ke IPD Kota Samarahan untuk mem-beri maklumat atau boleh menghubungi ASP Jekeng Nyadei atau Sarjan Muhd Suhaimi Yaakub menerusi talian 082-662101, 662102 atau 662103.