Wanita pencopet menyorok di siling diberkas polis

0

DITAHAN: Suspek dibawa ke IPD Kuching untuk diambil keterangan.

KUCHING: Seorang wan-ita ditahan semalam kerana disyaki terlibat dalam kes curi barang berharga milik isteri seorang pegawai kanan polis pada tahun lepas.

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Semariang Lama oleh sekumpulan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sekitar jam 10.30 pagi.

Pasukan yang menang-kap suspek pada mulanya tidak dapat mengesan wanita tersebut ketika mereka tiba di rumah tetapi, selepas mendengar bunyi bising di atas mereka, polis memeriksa siling dan mendapati dia ber-sembunyi di sana.

Suspek kemudian dibawa balik ke IPD Kuching untuk siasatan lanjut.

Sumber memberitahu sus-pek ialah anggota kumpulan penyeluk saku yang men-yasari isteri seorang pegawai kanan polis di tandas Lapan-gan Terbang Antarabangsa Kuching pada April tahun lepas.