Futsal Piala Utusan Borneo tawar hadiah lumayan

0

KUCHING: Hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 menanti para pemenang pertandingan futsal terbuka Piala Utusan Borneo 2014 yang akan diadakan pada 13 dan 14 Disember di Coneli Futsal Stadium, Jalan Batu Kawa-Matang.

Jurucakap jawatankuasa penganjur, Saibi Gi berkata juara akan meraih wang tunai RM1,200, trofi, pingat dan sijil, manakala naib johan RM800, trofi, pingat dan sijil.

Dua pemenang tempat ketiga akan menerima RM500, pingat dan sijil bagi setiap pasukan.

Pertandingan itu cuma dibuka kepada pasukan lelaki dan terbuka kepada mana-mana pasukan yang berminat di Kuching dan kawasan sekitar.

Objektif utama pertandingan tersebut adalah untuk mempromosi akhbar Utusan Borneo kepada orang ramai selain menggalakkan masyarakat terutama golongan remaja melibatkan diri dalam bidang sukan.

Penyertaan hanya terhad kepada 32 pasukan dan pemilihan penyertaan dibuat berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat.’

Setiap pasukan akan dikenakan yuran penyertaan RM150.

Tarikh tutup pada 7 Disember jam 5 petang, manakala mesyuarat dan cabutan undi akan diadakan pada 8 Disember jam, 2 petang di Coneli Futsal Stadium.

Borang boleh didapati dalam akhbar Utusan Borneo, pejabat Utusan Borneo beralamat di Tingkat 2, Crown Towers, Jalan Pending atau di semua kedai sukan Coneli dan Coneli Futsal Stadium.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Saibi Gi (013-8817785), Freddy (013-8829673), Harry (016-8874924) atau kedai Coneli (082-648810).