Sarji sasar penganjuran lebih berjaya

0

KUCHING: Jelajah Profes ional Gol f Malays i a (PGM) ke-5 edisi 2015 bakal memperuntukkan sejumlah RM6.235 juta bagi menganjurkan empat kejohanan besar pada tahun depan.

Pengerusi Jelajah PGM Tun Ahmad Sarji berkata, bajet itu meningkat sebanyak RM1.2 juta berbanding pada tahun ini yang akan menyaksikan kesemua 43 acara berlangsung.

Jelajah PGM turut sama menganjurkan 12 kejohanan Jelajah Pembangunan Asian dengan bajet berjumlah RM2.45 juta dan tiga Jelajah PGA Asean (RM540,000).

Selain itu, 15 Kejohanan Tertutup dianjur secara eksklusif untuk pemain profesional tempatan turut disertakan pada tahun depan, sekali gus menunjukkan cita-cita tinggi program dilaksana oleh PGM.

Turut ditawarkan RM2.795 juta dan tambahan sebanyak RM200,000 bagi 12 aktiviti Jelajah Pembangunan PGM Sekolah Q. Juara kejohanan bakal meraih hadiah lumayan berjumlah RM250,000 termasuk mata ranking.

Manakala juara pada akhir musim akan menempah slot dalam Terbuka Malaysia Maybank pada tahun selepasnya.

Sarji turut gembira dengan kelancaran penganjuran Jelajah PGM pada tahun ini dan menyasarkan penganjuran yang lebih berjaya pada 2015.

Menurutnya, pencapaian 30 pemain terbaik kejohanan yang meraih ‘Order of Merit 15’ pada usia 25 tahun sangat membanggakan kerana pada usia muda mereka dapat menduduki ranking tersebut.

Sarji juga merakamkan penghargaan kepada pihak penaja, kelab-kelab golf yang menjalinkan kerjasama dengan PGM, pemain dan media.

“Tanpa sokongan daripada mereka, Jelajah PGM tidak dapat bergerak secara efektif dan berjaya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Jelajah Asian, Kyi Hla Han berkata mereka sangat gembi ra kerana menjadi sebahagian daripada program Jelajah PGM dan bersedia meneruskan komitmen untuk membantu sirkit Malaysia yang dilihatnya penting untuk pembangunan sukan golf di Asia.