Isu kantin: HUS serius aduan awam

0

Oleh Siti Aisyah Ramli

PERLU TINDAKAN TEGAS: Pengendali kantin HUS yang didakwa berdegil dan mengabaikan amaran untuk tidak mengenakan harga makanan terlampau mahal.

KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) memandang serius aduan orang ramai berkenaan tindakan pengendali kan-tin di hospital itu yang mengenakan kadar har-ga makanan yang terlalu tinggi.

Pengarahnya Dr Chin Zin Hing berkata, aduan terse-but bagaimanapun bukanlah isu baharu bagi pihaknya, malah pengendali kantin itu sudah diberi amaran sebelum ini.

Jelasnya, harga yang tidak tetap itu dipercayai eko-ran tindakan pengendali kantin yang mengarahkan juruwang berbeza untuk mengira harga makanan di kaunter bayaran.

“Kami tidak memandang ringan mengenai perkara ini dan akan menyiasat serta bertindak agar perkara ini tidak berulang lagi pada masa akan datang,” katanya ketika menghubungi Utusan Borneo, semalam.

Tambah beliau, perin-cian serta tindakan akan diambil dalam kadar segera bagi mengatasi masalah tersebut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Datu Dr Zulkifli Jantan berkata, penepatan harga makanan yang dijual di kantin HUS adalah di luar bidang kuasa JKN.

Katanya, sememangnya pihak HUS mempunyai jawatankuasa kantin send-iri bagi mengawasi setiap aktiviti perniagaan yang di-jalankan oleh pengendalinya termasuk penetapan harga barang makanan.

“Kami (JKN) hanya ber-tindak sebagai pemantau dari aspek keselamatan, kesihatan serta kebersihan makanan. Luar daripada aspek itu, adalah tanggung-jawab jawatankuasa kantin yang dilantik hospital.

“Mengikut apa yang difa-hamkan, kantin HUS ber-operasi di bawah kendalian Kelab Perubatan Sarawak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Namun demikian, jelas-nya, penetapan harga barangan makanan adalah sesuatu yang subjektif ker-ana ia melibatkan jumlah kuantiti makanan atau lauk yang diambil oleh pelang-gan.

Semalam, beberapa pe-langgan yang merupakan kakitangan dan pelawat HUS bertindak menghubungi Utusan Borneo atas dasar sudah tidak tahan dengan tindakan pengendali HUS yang sewenang-wenangnya mengenakan bayaran yang mahal terhadap makanan yang dibeli di kantin itu.

Jelas pengadu, pengen-dali kantin juga seakan-akan tidak mengendahkan amaran keras yang pernah dikeluarkan oleh pengarah hospital itu sebelum ini di atas kesalahan yang sama.