Padah buat pusingan ‘ U ’

1

Keadaan Proton Wira yang remuk.

SIBU: Seorang lelaki patah kaki kiri dan cedera di kepala selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Batu 8, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, pagi semalam.

Mangsa, 22, berbangsa Iban berasal dari Kapit yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke hospital dengan ambulans.

Menurut sumber, mangsa yang memandu kereta Proton Wira Aeroback dipercayai melakukan pusingan ‘U’ di lokasi yang tidak dibenarkan menyebabkan pemandu Toyota Hilux, 57, tidak dapat mengelak lalu merempuh bahagian kiri kereta tersebut.

REMUK: Keadaan Toyota Hilux yang bertembung dengan Proton Wira semalam.

Pemandu Toyota Hilux, 56, cedera di dahi selepas terkena serpihan kaca cermin depan, manakala isterinya lebam di perut kerana geseran tali pinggang keselamatan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dihubungi orang awam bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan pemandu kereta Wira yang tersepit di dalam keretanya.

Polis trafik turut berada di lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.