Sistem pendidikan berubah ikut peredaran masa

0

Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Perbezaan pen-didikan masa kini berband-ing 15 tahun lepas menun-jukkan jurang sangat besar ekoran ledakan pembangu-nan pendidikan negara, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Jelasnya, cara memberi pendidikan kepada anak menunjukkan jurang per-bezaan besar kerana situasi pendidikan yang berubah mengikut peredaran masa.

“Sistem pendidikan negara berubah. Masa kini sistem pendidikan lebih menguta-makan keseimbangan semua aspek, khususnya dalam melahirkan modal insan berkualiti pada kuantiti be-sar,” katanya.

Asfia berkata demikian pada Majlis Anugerah Kece-merlangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sarikei, semalam.

Jelasnya, aliran dan corak pendidikan negara pada masa kini tidak hanya memberi fokus kepada kemajuan dan kecemerlangan dalam penca-paian akademik semata-mata tetapi telah diperluas kepada beberapa bidang.

“Ia merangkumi pencapa-ian dalam kemantapan fizikal, persediaan rohani, keter-ampilan dalam kepimpinan, kecergasan serta beberapa faktor lain.

“Situasi seumpama ini amat penting dalam usaha negara membentuk generasi pelapis yang bersedia bersaing den-gan generasi seangkatannya bagi mengharungi segala bentuk cabaran masa depan,” katanya.

Jelasnya, generasi hari ini tidak harus ketinggalan atau mudah diperguna pihak tidak bertanggungjawab dalam melaksana agenda peribadi bukannya untuk kepentingan bersama.

Majlis itu berlangsung di Dewan Gemilang SMK Bandar Sarikei dan dihadiri sekitar 500 pelajar termasuk guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

Menurut Asfia lagi, bagi mencapai matlamat men-jadi sebuah negara maju dan moden menjelang 2020, pelbagai pembangunan dan kemajuan dirancang.

“Peluang ini harus dilihat dan dimanfaat sebaiknya oleh generasi pada masa kini. Ini kerana kelalaian dan sikap berlengah-lengah memberi impak negatif seterusnya memusnahkan masa depan mereka sendiri,” katanya.

Asfia menjelaskan, sikap tidak peka terhadap perkem-bangan bakal mengundang padah dan memberi peluang kepada orang lain bagi meng-isi peluang yang wujud.

“Situasi ini bakal meru-gikan semua pihak, tidak hanya kepada generasi itu sendiri, malah secara tidak langsung turut mempen-garuhi kemakmuran negara,” kata Asfia.

Justeru kata Asfia, dalam usaha untuk memastikan misi dan visi pendidikan negara direalisasi dengan jaya, gabun-gan, gandingan dan kerjasama semua peringkat diperlukan.

Terdahulu, Pengetua SMK Bandar Sarikei, Mohamad Kasim Arbain dalam uca-pan alu-aluannya berkata, penganjuran majlis serupa merupakan satu sejarah bagi warga sekolah ini.

“Apa tidaknya, berkat kerjasama dan sokongan padu semua pihak, kita berjaya menganjurkan majlis dengan penuh meriah dan bermakna khususnya dalam memberi penghargaan serta suntikan semangat.

“Kita berharap sokongan seperti ini dapat dilaksana-kan secara berterusan serta menjadi salah satu budaya se-kolah pada masa akan datang. Terima kasih atas sokongan semua pihak, “katanya.

Upacara kemuncak pada majlis itu ialah penyampa-ian anugerah kecemerlangan kepada pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Ia disempurnakan oleh Asfia yang turut menyampaikan cek bernilai RM10,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit.