Tiada aktiviti pembalakan haram di Menyang: JHS

0

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) semalam mendedahkan hasil penyiasatan berkaitan aktiviti yang mencurigakan di Menyang, Lubok Antu adalah hanya aktiviti menge-luarkan kayu rampasan yang telah ditender melalui Harwood Timber Sdn Bhd.

Pengarahnya Sapuan Ahmad dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini semalam men-jelaskan pihaknya telah menjalankan siasatan dan mendapati tiada ak-tiviti pembalakan haram seperti mana yang dilaporkan oleh orang awam sebelum ini.

“Bertindak kepada laporan yang diterima, kita telah menjalankan sia-satan dan hasilnya kita dapati aktiviti yang mencurigakan adalah sebahagi-an daripada aktiviti mengeluarkan kayu rampasan yang ditender melalui Harwood Timber Sdn Bhd.

“Jentera yang berada di lokasi iaitu lori, jengkaut serta ‘grader’ adalah untuk digunakan bagi mengeluarkan kayu rampasan berkenaan dan tiada aktiviti pem-balakan haram seperti yang dilapor-kan,” katanya dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Menurut beliau lagi, pihaknya turut melakukan pemantauan melalui udara memastikan segala bentuk aktiviti pencerobohan dapat dikesan.

“Selain itu, pemantauan memang kerap dilakukan di kawasan ini untuk memastikan habitat penting bagi pemeliharaan orang utan tetap terpelihara dan dilindungi.

“Justeru kita amat menghargai keprihatinan orang awam dalam menyalurkan sebarang aduan ke-pada kita,” katanya lagi.