UPP Cawangan Pending lantik Tan Kay Hock sebagai pengerusi

0

BERSATU: Tan (tiga kiri) bersama ahli-ahli perintis UPP, Johnical (empat kiri), Wong, Jerip dan Ranum berganding tangan sebagai tanda bersatu hati.

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Pending telah melantik Tan Kay Hock sebagai pengerusi pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) malam kelmarin.

Timbalan pengerusi disandang oleh Leong Wei Ping manakala Temenggung Lu Kim Yong dan Alan Sim Yaw Yen masing-masing dilantik sebagai penasihat.

Terdahulu dalam ucapannya, Tan memberi jaminan bahawa cawangannya akan terus maju dengan sokongan semua ahli perintisnya.

“UPP merupakan platform baharu untuk menyediakan kepimpinan yang bermakna kepada rakyat,” katanya pada AGM yang berlangsung di Ibu Pejabat UPP di sini.

UPP Pending adalah cawangan baharu, tambahnya dan akan mengikuti langkah parti pusat yang akan berkhidmat kepada rakyat dengan ikhlas.

“Ia akan menjadi satu perjalanan yang panjang untuk kita, tetapi kita mesti mempunyai kekuatan untuk mencapai matlamat kita,” katanya.

AGM tersebut turut memilih lima naib pengerusi, Chong Nam Fah, Tan Chong Sung, Chung Chow Liong, Mary Wong Mee Kiew dan Yeo Hai Hung.

Setiausaha pula disandang oleh Bong Kim Fui dibantu Valentine Leslie Udi dan Chiew Boon Shen, bendahari Lim Chee Liap dan dibantu Richie Choo Kim Sui.

Turut hadir Presiden Pengasas UPP Dato Sri Wong Soon Koh serta ahli jawatankuasa perintis Datuk Dr Jerip Susil, Johnical Rayong Nyipa dan Ranum Mina.