57 pengusaha makanan terlibat program Persatuan Foochow

0

MIRI: Sebanyak 57 pengusaha makanan di sini terlibat dalam jualan makanan anjuran Persatuan Foochow Miri pada 7 Disember ini

Penolong Bendahari selaku pengerusi penganjur, Tie Hun Tuan memberitahu, penyertaan itu merangkumi pengusaha gerai makanan, restoran dan kedai kopi di kawasan terpililh.

Ia membabitkan peniaga di kawasan Krokop, Taman Tunku, Lutong, Permyjaya, Pujut, Senadin, Bumiko, pusat bandar raya, Luak Bay, pusat komersil Pelita, Boulevard, Morsjaya dan Centre Point serta di pekan Bekenu Sibuti.

Tie berkata, ia merupakan aktiviti julung kali diadakan bertujuan mempromosi makanan disedia peserta.

“Kita telah mengedar kupon bernilai RM20 kepada ahli. Mereka boleh mengunjungi gerai terlibat dan mendapat makanan kegemaran menggunakan kupon,” jelasnya.

Tie menambah, sejumlah lebih RM80,000 disasarkan akan dikutip dalam aktiviti sehari ini.