Mikas FC, Red Hackle buka tirai Piala Lea

0

SIBU: Perlawanan bola sepak merebut Piala Lea/Sibu FA 2014 bermula pada 29 November ini di Stadium Tun Zaidi di sini.

Perlawanan pembuka tirai menyaksikan pertemuan Mikas FC menentang Red Hackle FC jam 2 petang, diikuti pertemuan Rimba Hijau FC dan Sinar Suria FC, jam 4 petang.

Pada 30 November, pertemuan Sibu Medical Club dengan SML Lanang jam 2 petang dan V8 FC bertemu TZ FC, jam 4 petang.

Sementara pada 6 Disember depan, Bahtera FC bertemu Busana FC (2 petang) dan Exodust FC menentang Busna Nazario FC (4 petang).

Pada 7 Disember pula, Singgah Selalu menentang Remaja FC (2 petang) dan Miskas FC bertemu Rascom FC (4 petang).

Cabutan undi bagi perlawanan Piala Lea/Sibu FA dihadiri Setiausaha Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu (SFA), Abdul Hajis Abdullah.

Menurut Abdul Hajis, Piala Lea/Sibu FA disertai lapan pasukan dari Divisyen 1 Liga Sibu 2014 serta masng-masing empat pasukan teratas Kumpulan A dan B dalam Divisyen 2.

Perlawanan akhir Piala Lea/Sibu FA akan berlangsung pada 27 Disember nanti, jam 3 petang di Stadium Tun Zaidi.

Juara akan menerima RM1,000, piala iringan dan pingat manakala naib juara menerima RM500, piala iringan dan pingat.