Karnival Sumpit Terbuka Sarawak

0

KUCHING: Kaki sumpit di sekitar bandar raya ini dipelawa menyertai Karni­val Sumpit Terbuka Sarawak anjuran Kementerian Pem­bangunan Sosial dan Kes­atuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) pada 29 dan 30 November ini.

Naib Presiden SDNU, Anthony Banyan berkata pertandingan menyumpit antarabangsa ini menawar­kan hadiah menarik berupa wang tunai.

Katanya , setakat ini Sarawak diwakili pasukan SDNU, Samarahan dan Ju­lau manakala satu pasukan Orang Asli dari Semenan­jung Malaysia juga telah mengesahkan penyertaan mereka.

Sementara itu, daerah Pontianak, Singkawang, Landak dan Sintang dari Kalimantan Barat, Indo­nesia masing-masing akan menghantar satu pasukan manakala pasukan dari Ka­limantan Tengah dan Timur masih belum mengesahkan penyertaan mereka.

Sehubungan itu, Antho­ny mempelawa lebih ban­yak pasukan menyertai pertandingan ini terutaman­ya masyarakat Orang Ulu.

Yuran masuk adalah per­cuma dan pertandingan ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu empat lelaki, empat wanita dan indi­vidu.

Terdapat juga hadiah bagi juara terbaik lelaki dan pe­saing wanita terbaik yang akan diberikan gelaran Kel­ing Nyumpit dan Kumang Nyumpit.

Gerai jualan makanan dan minuman serta cenderamata amat diperlukan pada karni­val itu untuk disewa dengan kadar RM100 setiap gerai.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh meng­hubungi Usop Kilat di talian 0111-4075198 dan Anthony di talian 019-8884900.