Kursus bantu wanita jana ekonomi keluarga

0

SRI AMAN: Seramai 15 penduduk kampung sekitar Kampung Stumbin, Sri Aman menyertai kursus kemahiran membuat kek cawan dan kek karamel anjuran Rural Tranformation Centre (RTC) Pangkat Stumbin di Premis Bangunan Mini RTC berkenaan di sini semalam.

Pengurus Mini RTC Salasiah Muhuyuddin berkata tujuan utama kursus itu diadakan untuk membantu kaum wanita peringkat kampung meningkat ekonomi keluarga masing-masing.

Menurutnya menerusi kursus itu, kaum wanita dapat menimba ilmu pengetahuan sekali gus mempelajari kaedah yang mampu meningkatkan ekonomi masing-masing.

“Mereka berpeluang membuat kek sendiri selepas ini. Ia bukan sahaja untuk hidangan keluarga sebaliknya boleh dijual bagi membantu meningkat pendapatan keluarga,” ujarnya selepas berakhirnya kursus itu di sini, semalam.

Katanya jika peserta mengaplikasi ilmu mereka pelajari selepas tamat kursus, ia pasti mendatangkan hasil.

Terdahulu, demonstrasi membuat kek telah dikendali oleh Nur Izlyn Alwani Tamin daripada Jabatan Perbendaharaan Sri Aman.