Minou juara futsal tertutup Tellian Daya

0

MUKAH: Pasukan Minou mengungguli Kejohanan Fut­sal Tertutup Kampung Tell­ian Dagen Daya selepas men­galahkan Ole Tempo 4-3 pada perlawanan akhir di Gelang­gang Futsal Kampung Tellian Tengah semalam.

Dengan kejayaan itu, Minou membawa pulang piala pus­ingan, piala iringan, pingat, sijil dan wang tunai RM300 manakala Ole Tempo me­menangi hadiah wang tunai RM200, piala iringan, pingat dan sijil.

Tempat ketiga dimenangi LMN Trix dan turut meneri­ma anugerah pasukan ‘fair play’ sementara Sam.Com FC menduduki tempat keempat.

Kejohanan itu dianjurkan Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Kampung Tellian Tengah Zon 1 dan Zon 2 den­gan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Dagen Daya.

Pemain Ole Tempo, Johnathan Susk muncul penerima anugerah pemain terbaik perlawanan akhir.

Hadiah pemenang dis­ampaikan Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Mukah, Muhammad Amirul Abdullah.

Sebanyak 16 pasukan meny­ertai kejohanan itu yang turut disertai dua pasukan jempu­tan merangkumi Kampung Petanak (Made In Petanak) dan Kampung Sesok Baru Mukah.

Pasukan lain turut serta ialah Alud Daya, Mix Pelay, Lanelui, Pria Aerofama, First Touch, LFE Group, Paman-paman, Kelas Maju, Arabella FC, Mindu, Junior Fc dan Tellian Ulu Junior.

Pengerusi pengelola, Sa­bastian Zaini Jeraiee berkata kejohanan itu untuk meng­galakkan aktiviti sukan di kalangan pelajar semasa cuti sekolah.

“Ia juga sebagai perintis selepas Kampung Tellian memiliki gelanggang futsal yang siap pada 13 November lalu,” katanya.

Hadir sama Pengerusi KRT Zon 1 William Kartou, Ketua Kampung William Katui Lajo, Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan Bahagian Mu­kah, Micheal Dick Umat dan Pengerusi KRT Zon 2, Jetson Nruis.