Program Pembangunan Komuniti di Rumah Catherine Tamoh

0

CENDERAHATI: Wong (enam kanan) menerima cenderahati daripada Rhoda sambil diperhati penduduk lain.

 

LEMAH GEMALAI: Para tetamu dipersembahkan dengan tarian ngajat oleh para anak muda di Rumah Catherine.

TRADISI: Wong (kanan) melakukan upacara miring sebelum program dimulakan.

 

Oleh Borhaniza Ali Basah //

PENGANJURAN Program Pembangunan Komuniti telah disambut meriah oleh penduduk di Rumah Catherine Tamoh di Sibu, baru-baru ini.

Program tersebut dianjur oleh Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dan Sibu Local Agenda 21 bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Catherine Tamoh.

Acara perasmian program telah disempurnakan oleh Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program berlangsung seperti ‘Aedes Survei’ di mana Unit Kawalan Vektor MPS telah melakukan pemeriksaan sekitar kawasan Rumah Catherine bagi memastikan keadaan persekitaran bebas daripada pembiakan nyamuk aedes.

Selain itu, penduduk Rumah Catherine juga berpeluang mendapat pemeriksaan kesihatan percuma daripada kakitangan Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu yang menyediakan pelbagai khidmat kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, glukosa dan lain-lain lagi.

Pada masa sama, Jabatan KEMAS Sibu telah memberi sedikit ilmu berguna kepada warga penuduk Rumah Catherine terutama golongan wanita di mana mereka diajar untuk menghasilkan kraf tangan dengan menggunakan barangan terpakai seperti beg plastik, penyedut minuman dan sebagainya.

Antara aktiviti lain yang turut diadakan ialah pertandingan mewarna, ceramah daripada NREB, KEMAS dan Pejabat Kesihatan Sibu dan juga pameran berkaitan alam sekitar, kebersihan, kesihatan dan lain-lain lagi.

Turut hadir pada program itu ialah Catherine, pengerusi pengelola Kr Rhoda Ting, kaunselorkaunselor dan tuai rumah- tuai rumah di sekitar kawasan Sibu.