Tengku Abdullah ucap tahniah buat Chin Aun

0

 

KUALA LUMPUR: Presi­den Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengucapkan tahniah kepada legenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun yang diabadikan dalam ‘Hall of Fame’ Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

‘Tahniah Dato Soh Chin Ann, Malaysia bangga den­gan anda,” tweet Tengku Abdullah, yang juga Tengku Mahkota Pahang.

Chin Aun, 65, juga dikenali sebagai ‘Towkay’, menge­mudi barisan pertahanan ne­gara bersama Datuk Santokh Singh pada era kegemilangan negara tahun 70-an hingga awal 80-an.

Pemain berasal dari Alor Gajah, Melaka itu merupakan rakan seangkatan Allahyarha­man Datuk Mokhtar Dahari dan mendiang R. Arumu­gam.

Chin Aun menikmati karier sebagai pemain yang berjaya selama dua dekad dan kemu­dian mencurahkan khidmat­nya dalam dunia bola sepak dalam pelbagai kapasiti.

Pada tahun 1971, Chin Aun yang baru berusia 21 tahun menjadi ketua pasukan ter­muda dalam kelayakan Sukan Olimpik 1971 di Seoul, Korea Selatan dan merupakan salah seorang pemain yang mewak­ili Malaysia pada Sukan Ol­impik Munich 1972.

Beliau juga menjadi ketua pasukan semasa pusingan kelayakan Sukan Olimpik Moscow 1980.

Chin Aun mewakili Per­satuan Bola Sepak Selangor (Selangor FA) pada peringkat kelab dari 1970 hingga 1980 sebelum berpindah ke Melaka FA dari 1981 hingga 1983 sebelum mengumumkan per­saraannya daripada aktiviti bola sepak pada 1985.

Selain Chin Aun, legenda lain yang diabadikan oleh AFC ialah Homayoun Behza­di (Iran), Yasuhiko Okudera (Jepun), Sun Wen (China), Hong Myung-bo (Korea Sela­tan), Ali Daei (Iran), Sami Al Jaber (Arab Saudi), Baichung Bhutia (India), Harry Kewell (Australia).

Homare Sawa, yang menja­di ketua pasukan skuad wanita Jepun, ‘Nadeshiko Japan’, yang menjulang Piala Dunia FIFA pada 2011 di Jerman, turut diberi penghormatan ole AFC dalam Hall of Fame AFC. — Bernama