Fullerton Villa, Vision Land perumahan di kawasan strategik

0

Oleh Henrietta Liza //

KUCHING: Heng Leong Construction Sdn Bhd (Heng Leong Construction) menonjolkan kediaman selesa yang menjadi idaman semua, ditampilkan khas dengan rekaan elegan yang mempunyai daya tarikan tersendiri.

Menurut Pegawai Pemasaran Heng Leong Construction Sdn Bhd Jessica Lim, pihaknya sedang membangunkan dua projek perumahan iaitu Fullerton Villa di Jalan Arang dan Vision Land di Jalan Batu Kawa di sini.

Bagaimanapun, kedua-duanya terletak di kawasan strategik berdekatan kawasan bandar yang mempunyai kemudahan beli-belah dan lain-lain.

“Fullerton Villa sekarang sudah mencapai tahap 55 peratus siap pembinaan dan dapat diduduki menjelang 2016.

“Begitu juga dengan rumah yang dibina di Vision Land yang dimulakan awal tahun ini, kini sudah siap 20 peratus dan dijangka dapat didiami pada 2016 juga,” katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Beliau juga memberitahu bahawa Fullerton Villa dibina dengan mewujudkan suasana privasi pada mereka yang mendiaminya.

Setiap unit rumah di Fullerton Villa merupakan unit rumah dua tingkat berkembar yang mempunyai identiti tersendiri terletak di Jalan Arang.

“Terdapat empat bilik tidur di tingkat atas rumah ini yang disertakan dengan bilik mandi dan tandas untuk kegunaan persendirian,” tambahnya.

Didatangkan dengan ukuran kelebaran dan ketinggian berbeza mengikut jenis unit rumah iaitu jenis A berkeluasan 23 x 46 kaki, jenis B (25 x 45 kaki) dan jenis C (31 x 37 kaki).

Katanya juga, rumah jenis A dibina di atas kawasan tanah berpoin di antara 7.53 hingga 11.20 yang dijual pada harga RM818,000 ke RM948,000 seunit dan masih mempunyai dua unit yang belum dijual.

Manakala jenis B dibina di atas tanah berpoin 8.09 hingga 9.63 dengan nilai harga seunit RM868,000 dengan empat unit masih belum dijual.

Rumah jenis C pula mempunyai poin 8.47 hingga 9.09 yang dijual pada harga antara RM888,000 ke RM928,000 seunit dengan empat unit yang masih tinggal.

Pembeli kediaman Fullerton Villa akan disertakan sistem penggera, pagar automatik, paip pendingin hawa tersembunyi (tiga ruang bilik tidur dan ruang tamu), dua unit pendingin hawa (bilik tidur utama 18,000 btu dan ruang tamu 24,000 btu).

Pihaknya turut memasang jubin berkualiti sehingga ke kawasan parkir kereta, ditambah tangki air dan pam tekanan air serta elektrik untuk tiga fasa.

Bayaran deposit yang dikenakan adalah RM5,000 dengan yuran guaman untuk jualan dan pembelian (S&P) dan Memorandum Pindah Milik (MOT) dengan jaminan pajakan 60 tahun selepas pembelian.

Manakala seunit rumah pameran di Fullerton Villa yang lengkap dengan perabot dan hiasan dijual pada harga RM1.2 juta.

Pada masa yang sama, Jessica menjelaskan bahawa rumah setingkat di Taman Vision Land kini juga dibuka untuk tempahan dan pembelian.

Pihaknya telah menyediakan sebanyak 39 unit rumah tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus dengan menelefon talian 082-626229 atau 627229 atau pergi terus ke alamat Lot 2058, Tingkat 1, Blok 233, KNLD, Batu 7, Jalan Penrissen, 93250 Kuching.

Syarikat pembinaan dan pemaju Heng Leong Construction Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 2008 untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan klien melalui kemahiran tinggi, pengetahuan dan pengalaman tenaga kerja.

Selain memberi peluang mempelajari dan mengadaptasi konsep baharu dalam dunia pembinaan dalam persekitaran yang sihat dan ramah.

Setakat ini, syarikat terbabit telah melaksanakan dua projek pembinaan hartanah dan tiga lagi masih dalam usaha membangunkannya.

Syarikat berkenaan komited untuk menyediakan kaedah pembinaan yang cekap, perkhidmatan teknologi praktikal, pembangunan pembinaan berterusan, sistem perhubungan awam yang berkesan dan alam sekitar dengan moral yang betul.