Lelaki lapor polis, rumah dimasuk pencuri

0

SIBU: Seorang lelaki membuat laporan polis selepas mendapati rumahnya di Jalan Midin, di sini dipecah masuk pencuri dipercayai melarikan dokumen penting semalam.

Menurut pengadu, 50-an, semua ahli keluarganya tiada di rumah semasa kejadian kerana mengikuti seorang rakan pengadu menerima anugerah di Kuala Lumpur.

Apabila pengadu tiba di rumah pagi semalam, dia mendapati pintu bilik yang dijadikan sebagai pejabat peribadinya di tingkat bawah rumah berada dalam keadaan terbuka.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, pengadu terus memasuki bilik tersebut dan mendapati keadaan bilik pejabatnya berselerak.

Setelah melakukan pemeriksaan, pengadu mengesyaki ada di antara dokumen penting d MIRI: Mahkamahh Majistret di sini semalam menetapkan 16 Disember depan sebagai sebutan akhir kes seorang remaja lelaki dituduh melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian ibu kandungnya.

Manakala juvana terbabit diperintahkan supaya ditahan lanjut di Sekolah Tunas Bakti, Kuching se-mentara menunggu tarikh perbicaraan tersebut.

Penangguhan itu dibuat Majistret Lovely Natasha Charles setelah membenarkan permohonan dikemukakan pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor .

Dalam permohonannya, Khairi memohon agar ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan kes itu memandangkan laporan kimia dan laporan bedah siasat mangsa masih belum siap.

Juvana terbabit, 17, dari Jalan Riam di sini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan mem-peruntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, juvana terbabit dituduh dengan niat melakukan pembunuhan se-hingga menyebabkan kematian ibu kandungnya, Marife Resuello Wong yang merupakan warga negara Filipina.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 8.15 pagi, pada 5 April tahun ini di hadapan Kompleks Tenis, Jalan Datuk Tuah Johari di sini.

i dalam pejabat peribadinya didapati hilang.

Pengadu juga tidak menafikan ada wang tunai disimpan di dalam bilik tidurnya di tingkat atas hilang tetapi tidak dapat dipastikan jumlahnya.

Kes tersebut dilaporkan di Balai Polis Sentral, di sini pagi semalam untuk tindakan lanjut.