Lelaki patah kaki dalam pertembungan dua lori

0

IMPAK KUAT: Lelaki nyaris maut, lori dipandunya remuk teruk selepas bertembung lori lebih besar.

SIBU: Seorang lelaki, 35, patah kaki kanan selepas lori dipandunya bertembung dengan sebuah lori kargo dalam kemalangan yang berlaku pada jam 11 pagi di Batu 16, Jalan Oya di sini semalam.

Dua rakan pemandu yang berumur 67 dan 32 tahun hanya mengalami cedera ringan, manakala pemandu lori kargo tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semua mangsa digegaskan ke Hospital Sibu menerima rawatan.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berumur 26 tahun mendakwa diugut seorang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai ‘taiko’ di sini pagi semalam.

Pengadu memberitahu, ‘taiko’ terbabit memaksanya untuk mendepositkan wang ke dalam akaunnya jika tidak dia akan menerima padah.

Pengadu telah mendepositkan sebanyak RM900 ke dalam akaun yang diberi pemanggil tersebut.

Bimbang keselamatannya diancam, pengadu membuat laporan polis pada hari sama.