Nelayan tangkap anak buaya

0

ANAK BUAYA: Seorang penjual ikan, Sani Yusup menunjukkan anak buaya di pasar ikan Limbang, semalam.

LIMBANG: Seorang nelayan tempatan, Unting Pasang, 70-an, dari Kampung Kuala Berawan berjaya menangkap seekor anak buaya betina sepanjang lima kaki, semalam.

Buaya betina jenis bakau berusia tiga tahun itu dijumpai tersangkut di dalam pukat jenis ‘kabat’ yang ditahan semasa air surut pagi semalam.

Anak buaya itu kemudiannya dibawa ke pasar ikan Limbang.

Menurut Unting, ia merupakan tangkapan ketiga diperolehinya pada minggu ini di Sungai Pandaruan.

Berikutan penangkapan itu, timbul kebimbangan orang ramai mengenai kewujudan banyak anak buaya di Sungai Limbang.