Taman Jasmine miliki gaya kontemporari, elegan

0

Oleh Nick Fletcher //

KUCHING Masama Sdn Bhd (Masama), kini memperkenalkan projek perumahan terbaharu Taman Jasmine di Jalan Depo.

Masama, pemaju hartanah dengan kepentingan perniagaan dalam pembinaan, minyak dan gas serta pembekalan mekanikal dan elektrik, telah ditubuhkan sejak 1985.

Menurut kumpulan berkenaan, Taman Jasmine merupakan perumahan yang praktikal dan dibina untuk memenuhi permintaan generasi masa kini di mana ia memiliki gaya kontemporari dan elegan.

Dengan rekaan moden, Taman Jasmine merangkumi 12 unit rumah berkembar dua tingkat dan 32 unit rumah teres dua tingkat.

Saiz pembinaan rumah berkenaan adalah dari 1,444 kaki persegi hingga 1,602 kaki persegi.

Setiap rumah memiliki tiga bilik tidur dengan dalaman ruang tamu dan dapur yang menarik.

Taman Jasmine juga terletak di kawasan yang menawarkan tempat kebiasaan kepada penduduk tempatan malah berhampiran sekolah.

Perhubungan jalan raya juga memudahkan penduduk menghubungi banyak kemudahan yang terdapat di sekitar Petra Jaya.

Kadar harga bagi rumah teres dua tingkat di bahagian sudut adalah dari RM524,888 hingga RM749,865 manakala di bahagian tengah dari RM439,888 hingga RM533,865.

Rumah berkembar dua tingkat pula berharga dari RM634,888 hingga RM899,865.

Taman Jasmine dijangka dilancarkan pada Disember 2014 dan siap pada penghujung 2016.

Taman Jasmine kini dibuka untuk tempahan yang boleh dibuat menerusi ejen Pemasaran dan Jualan Eksklusif, HASB Consultants (Sarawak) Sdn Bhd.

Rundingan boleh dilakukan dengan wakil-wakil ejen berkenaan iaitu Milalysma (REN11779) 019-9179001; Jancy Chan (REN11875) 016-8777091 ; Vivian Kho (REN10147) 016-8616784 ; Eric Chong (REN11868) 019-8869980; Clement Sim (REN09956) 019-8886928 ; Lawrence Hii (REN09955) 011-15533349 atau menghubungi nombor pejabat 082-429668