UPP buka cawangan di DUN Bengoh

0

KUCHING: Lembaran baharu bagi kawasan DUN Bengoh bakal bermula kerana Parti Rakyat Bersatu (UPP) secara rasmi membuka cawangannya di sana pada Isnin lepas.

Cawangan itu dipengerusikan oleh ADUN Bengoh yang juga Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil dengan dibantu oleh Wadel Boyod selaku timbalan dan Chong Shin Kon, Wilson Mapus serta Gula @ Sawoi Anee masing-masing selaku naib pengerusi I, naib pengerusi II dan naib pengerusi III.

Pui Shak Shin pula memegang jawatan setiausaha dengan dibantu oleh Lawrence Desar dan Horn Jed yang masing-masing sebagai penolong setiausaha I dan II.

Senarai ahli jawatankuasa UPP Cawangan Bengoh bagi penggal 2015-2018 adalah terdiri daripada Siaw Foh Hin (bendahari), Atet Lekeng (penolong setiausaha), Aris Bleh (setiausaha penganjur), Miin Sumor (penolong setiausaha penganjur), Lipik Sarau (setiausaha publisiti), Hall Jamun (penolong setiausaha publisiti), Noing Samut (setiausaha latihan), Dick Rutun (penolong setiausaha latihan), Amat Jais Dunga (pegawai kebajikan) dan Goh Beng Chuan (penolong pegawai kebajikan).

Ahli jawatankuasa lain ialah Patrick Nuon Sawak, Sapis Daun, Sinung Samiew, Cosmas Oh Kok Loong, Sangku Tugas, Christina Jana, Abam Asoi, Davis Nawang, Jesse Emmanuel Barker, Christine James Bari, Dantee Temik, Temu Kipli, Abdullah Haron, Burshra Kipli, Abdul Aziz Abdullah @ Juos Dorek, Peter Suhin Tahu, John Banda Ngeduk, Suruk Majim, Nambeng Jawah dan Lingam Monot.

Bagi Pergerakan Wanita UPP Cawangan Bengoh penggal 2015-2018, senarainya terdiri daripada Sawai Anee (pengerusi), Miin Semur (timbalan pengerusi I), Ong Bee Hoon (naib pengerusi I), Lejan (naib pengerusi II), Sylvia Mikiu (setiausaha), Nusa Kok Nyee (penolong setiausaha I), Nomie Tandok (bendahari), Agnes Winnie (penolong bendahari), Baliana Reson (setiausaha penganjur), Nedo Ojek (penolong setiausaha penganjur), Miboi Nobeb (setiausaha publisiti), Catherine Bidi (penolong setiausaha publisiti), Jimin Wao (setiausaha latihan), Jiriet Naway (penolong setiausaha latihan), Teresa Akek (pegawai kebajikan) manakala Joid Katok, Nobim Asui, Chin Chai Ing, Hamidah Bujang dan Jelina Pilam sebagai ahli jawatankuasa.

Justeru, majlis makan malam telah diadakan pada Isnin lepas di Siburan untuk memperkenalkan cawangan parti politik baharu itu dengan turut dihadiri oleh Dr Jerip, ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa dan ADUN Opar Ranum Mina.

Dengan anggaran lebih 900 ahli berdaftar, UPP Cawangan Bengoh turut mempunyai tujuh cawangan kecil dan 47 daerah mengundi.