Kejohanan muaythai pertama di Bintulu nyata mengujakan

0

Oleh Abg Ismail Abg Su’ud //

GELARAN SULUNG: Talib mengangkat tangan Kabilan (kiri) dan Awangku Zainul sambil disaksikan (dari kanan) Jumaat, Muhamad Yakup, Mohidin dan Tuah.

MESKIPUN julung kali dianjurkan di Bintulu, aksi pertarungan pada Kejohanan Piala Pusingan Muaythai Bintulu Terbuka amat mencuri tumpuan penduduk yang teruja menyaksikan acara itu secara langsung di Gelanggang Muaythai Dataran Esplaned Bintulu.

Kemuncak keterujaan itu adalah aksi pertarungan peringkat akhir antara Kabilan Javilan dari Kelab Muaythai SS Fighter (Kuching) dan Awangku Zainul Ariffin dari Kelab PS Muaythai Sebiew (Bintulu).

Permulaan pertarungan menyaksikan kedua-kedua peninju begitu bertenaga, saling berbalas asakan dan tumbukan untuk memburu mata namun hanya memakan tempoh masa yang singkat apabila Awangku Zainul tumbang seawal pusingan pertama di tangan Kabilan.

Beliau cuba bangkit tetapi tidak berupaya untuk meneruskan perlawanan tersebut, sekali gus memberi laluan kepada Kabilan untuk merangkul kejuaraan sulung perlawanan peringkat akhir kategori profesional Super 8 untuk berat 57 kilogram (kg).

Kejuaraan dirangkul itu juga melayakkan Kabilan membawa pulang hadiah piala pusingan, piala iringan, pingat dan wang tunai, manakala Awangku Zainul menerima pingat.

Kedudukan tempat ketiga dalam kategori yang sama dikongsi bersama oleh Md Ariff Mulok dari Kelab Muaythai Kenyalang (MTK) dan Alydius Aligh dari Kelab Muaythai SS Fighter (Kuching).

Tidak hanya aksi pertarungan peringkat akhir, pertarungan beberapa kategori lain turut dapat disaksikan antaranya kategori profesional pilihan 60 kg menyaksikan kejuaraan menjadi milik A. Karadeck Seesombat atau Addy yang merupakan peninju dari Thailand mewakili Kelab Muaythai SS Fighter (Kuching) setelah menewaskan Mohd Azwan Che Will dari Kelab Muaythai Terengganu dalam pertarungan yang cukup sengit dan mendebarkan dalam kategori itu.

TERIMA GERAN

Ini diikuti pertarungan kategori 50 kg menyak-sikan Amir Syazal Shukeri (Pulau Pinang) menewaskan Hunsson Kayan (MTK).

Sementara untuk kategori berat 40-45kg pula, Shafiq Rushidi (Kelab Muaythai SS Fighter) mengalah-kan Suchakorn Etin dari Kelab Muaythai Perlis.

Seterusnya kategori 35 kg pula menyak-sikan Pratasarthee Dunniyammoorthy (Kelab Muaythai SS Figh-ter) mene-waskan Muhd Nur Hakim (Kelab Muaythai Lempong).

Menteri Muda Pelancongan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Jepak Datuk Talib Zulpilip telah me-nyam-paikan hadiah kepada pemenang.

“Muaythai merupa-kan sukan asli yang mene-kankan tahap disiplin yang tinggi untuk pemainnya dan sekiranya mereka menjadi pemain ragbi, mereka mampu menjadi pemain yang cemerlang.

“Saya kagum dengan para pemain sukan ini,” ujar Talib ringkas sambil mengumumkan peruntukan geran kerajaan RM10,000 kepada Persatuan Muaythai Negeri Sarawak bagi mem-bantu memba-ngunkan sukan itu di negeri ini.

Kejohanan tiga hari bermula 14 November itu turut dimeriahkan dengan acara kem bakat muaythai untuk kanak-kanak serta penampilan khas Mohd Faizal Ramli yang lebih dikenali sebagai ‘Siku Emas’.

Turut hadir Residen Bahagian Bintulu Muha-mad Yakup Kari, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datu Mohidin Ishak, Pegawai Daerah Bintulu Tuah Suni, Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak Jumaat Ibrahim, Presiden Persatuan Muaythai Bintulu Abang Nurulhadi Abang Zainuddin, Setiausaha BDA Siti Aishah Othman dan Setiausaha Majlis Perkhidmatan Perbandaran (PERBINDA) BDA Wan Ibrahim Wan Ali.

Kejohanan anjuran Persatuan Muaythai Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta beberapa agensi lain.

TERBAIK: Peninju dan ahli-ahli Kelab Muaythai SS Fighter bergambar kenangan bersama piala pusingan dan piala iringan yang dimenangi dalam Kejohanan Piala Pusingan Muaythai Bintulu yang menyaksikan penduduk Bintulu hadir beramai-ramai untuk menyaksikannya.