Kerajaan perlu teknologi ASPRS UAS pantau aktiviti dalam negeri

0

KUCHING: Kerajaan negeri secara kritikal memerlukan teknologi ASPRS UAS untuk pemantauan secara dekat aktiviti yang berlaku dalam negeri.

Menurut pemenang Anugerah Biasiswa Konvensyen Antarabangsa 2014 daripada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Genot Sinel @Jeannoth Sinel, sistem ASPRS UAS masih baharu di negeri ini.

“Di Sarawak lihat keadaan geografinya yang sukar untuk diakses menggunakan helikopter, pesawat dan sebagainya.

“UAS pula dapat menampung berat paling maksimum 20 kilogram untuk membawa bekalan ubatan, peralatan dan digunakan untuk mengawasi aktiviti pembalakan, hutan, pertanian dan perladangan.

“Asalkan kita tidak perlu mengambil risiko kehilangan satu nyawa dan Dron melalui laluan udara tanpa bantuan juruterbang akan menghantar semua maklumat data dalam bentuk ‘raster’ untuk diterjemahkan,” kata Genot.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima Anugerah Biasiswa Konvensyen Antarabangsa 2014 itu di sini kelmarin.

Tegasnya juga set sistem UAV yang penting dalam membuat survei dan pemetaan.

Tambahan pula, dron mampu mengawasi keadaan setempat yang sukar dicapai seperti kawasan empangan, jejambat dan keluasan hutan yang besar serta mengawal jenayah berlaku.

“Dron akan menghantar gambar rekahan empangan dan sebagainya ke pejabat untuk diterjemahkan.

“Permintaan ‘adhoc’ juga amat mahal dan disebabkan cuaca buruk nyawa tidak boleh dipertaruhkan,” jelasnya.

Bagi Jabatan Hutan ia digunakan untuk mengawasi pengurusan hutan, Jabatan Pertanian menggunakannya untuk mengawasi pertanian benih dan kelapa sawit, pengawalan jangkitan, Jabatan Alam Sekitar menggunakannya untuk mengawasi kecurian pasir, batu dan perlombongan, ujarnya.

Teknologi terbabit masih baharu di Malaysia dan Sarawak dengan perbelanjaan seunit dron di antara RM500 hingga RM1 juta (bagi yang mampu terbang untuk 12 jam).

Genot yang telah menghadiri persidangan ASPRS UAS di Reno Nevada, Amerika Syarikat berharap penggunaan dron disertakan dengan perisian dan kawalan undang-undang agar tidak menjadi kelam-kabut.

Pihak Jabatan Tanah dan Survei masih dalam usaha mengumpul maklumat spesifikasi yang dimulakan baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, pemenang Anugerah Biasiswa Konvensyen Antarabangsa 2014 Dr Michelle Lee Hui Lim daripada Kementerian Kesihatan Malaysia juga berharap dapat mengumpul idea dan maklumat yang dapat digunakan untuk membantu pesakit mental dari  kalangan wanita di kawasan luar bandar.

Kesihatan mental katanya, disebabkan individu bersendirian dan inspeksi lain seperti szikrofrenia kerana tidak mengambil ubatan, menjadi lebih agresif dan keresahan berulang menjadi penyebab penyakit bipolar.

Buat masa ini, pihaknya masih lagi mengumpul data tentang kesihatan mental di Hospital Lawas dan setakat ini kita masih belum menemui angka yang tepat kerana kerja pengumpulan statistik baharu dimulakan awal tahun ini.

Beliau yang merupakan pegawai perubatan klinik yang ditempatkan di Hospital Lawas dan pernah bertugas di Hospital Miri, mahu mendapat pendedahan dan membina rangkaian serta mengambil poin idea untuk membantu para pesakitnya.

“Bila sakit, orang ingat ia adalah kesakitan dari segi fizikal tetapi sakit mental juga merupakan sejenis penyakit dan anda tidak akan mempunyai keupayaan untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa.

“Seperti bangun pagi, jaga anak dan keluarga, turun kerja dan menjadi seorang pekerja yang produktif dan anda berasakan diri sedang bertarung dengan sesuatu.

“Ia menjadi minat saya kerana ia mungkin bukan bidang yang diminati ramai, orang akan berkata ia sesuatu yang gila untuk dilakukan tetapi saya mahu melakukannya,” katanya yang akan menghadiri Kesihatan Mental Wanita Sedunia Ke-6 di Tokyo, Jepun pada Mac tahun depan.

Pada masa yang sama Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia Peter Bong Hon Chiong daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Elena Gregoria Chai Chin Fern dan Dr Dennis Wong Mou Ling daripada Swinburne University of Technology (Kampus Sarawak) turut menerima anugerah biasiswa yang sama.

Pengarah Urusan Biro Konvensyen Sarawak (SCB) Mike Cannon dan Pengarah Pembangunan Industri SCB Dylan Redas Noel turut hadir pada majlis itu yang diadakan di pejabat SCB, Jalan Masjid di sini.

Anugerah itu telah dianjurkan untuk tahun keenam sejak 2006 dan pihak SCB telah memberi biasiswa kepada lebih 20 peserta dari negeri ini bagi menghadiri konvensyen di luar negara dengan biasiswa berjumlah tidak lebih daripada RM10,000 seorang.