Program 3P di Pusa pada 6 Dis

0

BETONG: Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Betong akan menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan (3P) Bahagian Betong 2014 di tapak Terminal Bas Pusa dari jam 9 pagi hingga 4 petang pada Sabtu, 6 Disember ini.

Program tersebut antara lain mempertemukan para pencari kerja dan majikan yang menawarkan pelbagai jawatan kosong.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah temu duga terbuka, pendaftaran pencari kerja dalam portal JobsMalaysia dan khidmat nasihat undang-undang buruh.

Orang ramai yang ingin menyertai temu duga terbuka diminta membawa bersama kad pengenalan, sijil-sijil akademik (asal) dan dokumen peribadi berkaitan bagi mengukuhkan kelayakan berserta biodata diri yang lengkap.

Sebarang pertanyaan berhubung program tersebut boleh menghubungi Nor Aqidah Abdul Manaf atau Mohd Mahathir Kassim di PTK Betong menerusi talian 083-471501.