SK Tulai anjur tiga program sempena cuti akhir tahun

0

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Tulai di Bintangor menganjurkan tiga pro­gram sempena cuti akhir tahun minggu lalu. Tiga program itu ialah Sukan Tahunan 2014 pada 11 November diikuti Sukaneka Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tulai (18 November) dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Tulai 2014 (20 November).

Program sukan tahu­nan melibatkan penyer­taan murid-murid sekolah itu dibahagikan kepada empat buah rumah su­kan.

Johan keseluruhan jatuh kepada Rumah Me­rah diikuti Rumah Hijau di tempat kedua, mana­kala Rumah Biru dan Rumah Kuning masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, semasa Sukan PIBG para ibu bapa dan guru turut diba­hagikan kepada empat kumpulan bagi mengam­bil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.

Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, lumba lari, lontar peluru dan pel­bagai acara sukaneka.

Kemuncak program ialah Majlis Anugerah Kecemerlangan Tulai 2014 yang dirasmikan oleh wakil Pegawai Pen­didikan Daerah (PPD) Meradong, Alim Johan.

Hadir sama Guru Besar SK Tulai Kuah Rames.