Kenyataan Masing disokong

5

KUCHING: Ketua Penera-ngan Parti Rakyat Sarawak (PRS) Alexander Donald menyokong kenyataan Presidennya Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing bahawa undian Dayak tidak harus dipandang remeh oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.

Malah, peringatan mesra Masing kepada pemimpin nombor satu negara itu turut mendapat sokongan daripada Ketua Publisiti Sayap Pemudanya Bit Surang yang menyifatkan sumbangan Dayak terlalu banyak dalam memastikan Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa.

“Tan Sri Masing adalah benar dalam menyuarakan kerisauannya terhadap isu meminggirkan masyarakat Dayak atau parti politik ber-asaskan Dayak.

“Jadi, gesaan agar Masing berhenti daripada BN adalah tidak masuk akal dan hanya diucapkan oleh orang yang mahu melihat masyarakat Dayak menderita,” katanya.

Tambah Alexander, pe-mimpin Dayak yang sebenar harus berjuang untuk hak dan bukannya menjadi komestik ahli-ahli politik.

Tindakan Masing yang juga Menteri Kanan negeri harus dikagumi kerana berterusan bersuara tanpa rasa gentar, katanya.

Sementara itu, Bit menggesa masyarakat Dayak berdiri di belakang Masing dalam memperjuangkan hak-hak mereka.

“Saya ada soalan kepada mereka yang mempersoalkan keikhlasan Tan Sri Masing berjuang demi Dayak.

“Sekarang, beliau cuba yang terbaik untuk membe-tulkan sistem dari dalam. Jadi kita mesti memberi sokongan penuh atas keberanian beliau untuk membetulkan semua kelemahan ini,” tekan Bit.