553 batang balak bernilai RM880,016.42 dirampas

0

BALAK HARAM: Bot tunda bersama tongkang membawa muatan balak dibawa ke Pangkalan Marin Sarikei untuk siasatan lanjut.

KUCHING: Sebuah bot tunda yang menarik tong­kang sarat membawa muatan 553 batang kayu campuran yang dipercayai turut merangkumi hasil kegiatan pembalakan haram dita­han oleh Pasukan Polis Marin, baru-baru ini.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima ACP Kalai Chelvan memberitahu, penemuan itu dibuat apabila pasukannya meronda di kawasan Kuala Rajang di Tanjung Manis.

Hasil pemeriksaan mendapati kayu balak pelbagai jenis dan saiz dianggarkan bernilai RM880,016.42 itu tidak sama seperti yang dicatatkan pihak syarikat.

“Ekoran itu, bot tunda bersama tongkang dan muatan balak dibawa ke Pangkalan Marin Sarikei untuk siasatan lanjut dan akan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak.

“Turut ditahan bersama ialah juragan dan empat anak kapal,” katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita, kelmarin.

Beliau menegaskan, pasukannya akan sentiasa berusaha membantu usaha kerajaan menangani masalah pembalakan haram di negeri ini.