Trambuo dipulihara

0

Oleh Agnes Tugong//

 

KERJASAMA: Penduduk Kampung Stass bergotong-royong memelihara dan memulihara Gunung Trambuo.

BAU: Usaha memelihara dan memulihara Dorod atau Gunung Trambuo yang terletak di Kampung Stass di sini sedang giat dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sejak dua tahun lepas.

Merangkumi kawasan seluas lapan hektar, Gunung Trambuo merupakan satu-satunya gunung hutan yang masih wujud dalam keseluruhan kawasan asalnya.

Jurucakap Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Kampung Stass Luke Piee berkata usaha ini merupakan sebahagian daripada projek Taman Warisan Semula Jadi Kampung Stass hasil cadangan penduduk.

Fasa pertama katanya melibatkan usaha memelihara dan memulihara Gunung Trambuo yang akan dilaksanakan secara perlahan-lahan mengikut peringkat tertentu.

Katanya meskipun gunung ini telah diwartakan di peringkat kampung namun usaha perlu dilakukan bagi memelihara dan memulihara Gunung Trambuo agar tidak menjadi mangsa pencerobohan.

“Dorod Trambuo bukan sahaja kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna malah menyimpan legenda tersend-iri yang menjadikanya begitu istimewa bagi penduduk.

“Penduduk percaya gu-nung ini memberi perlindun-gan kepada mereka daripada penyakit malah ketika zaman konfrantasi dahulu, gunung ini dipercaya telah melindungi penduduk daripada serangan bom,” ujarnya.

PERBAIKI: Jambatan yang terdapat di kaki Gunung Trambuo ini dinaik taraf untuk keselamatan pengunjung.

Luke berkata demikian dalam taklimatnya mengenai projek itu di Dewan Serba Guna Kampung Stass sempena Majlis Perasmian Prasarana Taman Warisan Semula Jadi Stass semalam.

Berasal daripada perkataan Trambuo iaitu perkataan Bi-dayuh bagi tumbuhan periuk kera, gunung ini menawarkan pelbagai tarikan kepada setiap pengunjung terutama yang cintakan kehijauan alam se-mula jadi.

Dengan keluasan yang sederhana, Gunung Trambuo katanya merupakan lokasi ideal kepada orang ramai untuk menikmati keindahan alam semula jadi dan menye-garkan badan serta fikiran daripada kesibukan kota pada bila-bila masa.

Lokasi gunung ini terletak kira-kira satu kilometer dari kampung dan 300 meter dari jalan utama dan kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar raya Kuching.

“Di bawah fasa pertama projek ini, kami mencadang-kan pembinaan pelbagai ele-men seperti trek penjalan kaki dan joging, kajian semula jadi ke atas botani, pemerhatian burung, cabaran semula jadi dan kawasan bagi berkelah.

“Kemudahan-kemudahan lain yang dicadangkan ter-masuk menara memerhati rama-rama, gazebo, tempat berehat dan kemudahan lain yang relevan.

“Keseluruhan anggaran perbelanjaan bagi menjay-akan projek ini menelan kos lebih RM90,000,” tambahnya ketika ditemui selepas takli-mat itu.

Dalam pada itu projek memelihara dan memuli-hara Gunung Trambuo ini difahamkan menarik minat Sarawak Energy Berhad yang sedia membantu sebagai seba-hagian daripada tanggungja-wab korporat syarikat.

Malah menurut Luke, Sarawak Forestry Corporation juga telah membantu dalam pelabelan pokok-pokok yang terdapat di gunung ini yang telah diwartakan di peringkat kampung.

Sementara itu fasa kedua ca-dangan projek Taman Warisan Semula Jadi Kampung Stass akan melibatkan pembangunan kawasan dusun-dusun tradi-sional untuk dijadikan sebagai kawasan agropelancongan.