Lapan pasukan ke suku akhir rebut juara Futsal Piala Utusan Borneo

0

REBUT KEJUARAAN: Lapan pasukan mengesahkan slot ke suku akhir selepas berakhir peringkat kumpulan semalam.

KUCHING: Sebanyak lapan pasukan telah mengesahkan slot ke peringkat suku akhir Pertandingan Futsal Terbuka 2014 Piala Utusan Borneo yang berlangsung di Stadium Futsal Coneli, di sini hari ini.

Pasukan-pasukan terbabit ialah RB05, DERIEZA A, A.A.B.H, Hornbill United, Scops, Kanoli FC B & C dan KLMJ.

Saingan peringkat suku akhir akan bermula pada jam 8.45 pagi ini yang menyaksikan Kanoli FC C akan menentang KLMJ.

Selepas itu, disusuli perlawanan kedua di antara Kanoli FC B melawan Scops, A.A.B.H menentang Hornbill United dan DERIEZA A akan bersemuka dengan RB05.

Juara bakal membawa pulang hadiah lumayan wang tunai sejumlah RM1,200, trofi, pingat dan sijil.

Manakala naib juara akan menggondol hadiah wang tunai sejumlah RM800, trofi, pingat dan sijil.

Tempat ketiga bersama bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500, pingat dan sijil.

Sementara itu, hadiah misteri turut menanti bagi pemenang penjaring terbanyak, pemain terbaik, penjaga gol terbaik dan pasukan ‘fair play’.

Majlis penutupan bakal disempurnakan oleh Pengurus Besar Operasi Utusan Borneo dan The Borneo Post, Phyllis Wong hari ini.

Sebanyak 48 pasukan dari seluruh Bahagian Kuching dan Samarahan memeriahkan kejohanan yang julung kali dianjurkan oleh akhbar Utusan Borneo.