Program Mengimplan Koklea Lengkap di BMC hari ini

0

KUCHING: Borneo Medical Centre (BMC) dan 20dB Hearing bekerjasama menganjur Program Mengimplan Koklea Lengkap buat julung kalinya di pusat perubatan itu hari ini (14 Disember).

Disokong sepenuhnya oleh Institute-HEARS, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), program itu turut bakal menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara BMC, 20dB Hearing dan UKM.

Bagi memeriahkan lagi program, orang ramai dan pakar perubatan yang hadir juga berpeluang mendengar taklimat umum yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Antara topik hangat yang dijangkakan ialah seperti ‘What is hearing loss and methods to overcome’ dan ‘Cochlear implant surgery’ yang akan disampaikan oleh Profesor Goh Bee See, ‘Hearing test: What can we do and how we do it’ oleh Mok Yong Yaw, ‘Role of audiologist in cochlear implant’ (Dr Rafidah Mazlan) serta ‘Developing spoken language post CI’ (Dr Basyariatul Fathi Othman).

Ceramah dan taklimat akan disampaikan dalam bahasa Inggeris.

Cenderamata serta jamuan ringan turut disediakan untuk para peserta.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Ashley Kuang di talian 016-879 2031 atau Melanie Kho (012-887 6770).