DGCC jalin kerjasama dengan St Michael’s Golf Club Sydney

0

KUCHING: Damai Golf & Country Club (DGCC) menjalinkan kerjasama dengan St Michael’s Golf Club, Sydney, Australia menerusi perjanjian gabungan.

Ini akan membolehkan ahli-ahli kedua-dua kelab bermain golf dan menggunakan fasiliti kelab mengikut keistimewaan yang diberikan kepada mereka.

St Michael’s Golf Club menjadi pilihan pemain golf Australia dan menjadi salah satu daripada 10 padang golf terbaik di New South Wales.

Padang tersebut kerap menganjurkan pertandingan peringkat kebangsaan.

Ia terletak kira-kira 10 minit memandu dari Lapangan Terbang Sydney dan kira-kira 20 minit memandu dari Daerah Perniagaan Pusat Sydney.

Selaras dengan misi Tourism Malaysia mempromosi pelancongan golf di Sarawak (DGCC) turut bergabung dengan beberapa kelab golf terkenal di Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia dan New Zealand.

Pengurus Besar DGCC, Zulkifli Othman yakin gabungan itu dapat menarik lebih ramai pemain golf dari Australia.

“Begitu juga dengan ahli DGCC dapat merasai pengalaman bermain di St Michael’s Golf Club,” katanya.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Mohamad Arif Tambi di talian 082-846088.