Sudarsono laung keyakinan

0

Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pengurus skuad bola sepak kebangsaan , Datu Sudarsono Osman optimis peluang Malaysia untuk mengatasi Thailand pada aksi final pertama Piala Suzuki AFF 2014 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok Namun, beliau menuntut komitmen serta aksi terbaik daripada semua pemain untuk memastikan misi memburu kemenangan pertama menjadi kenyataan.

Menurut Sudarsono, motivasi semua pemain berada pada tahap tertinggi ketika ini selepas berjaya menyingkirkan Vietnam pada pusingan separuh akhir dengan agregat 5-4.

“Bagi saya bermain di tempat lawan dan laman sendiri tidak menjadi persoalan.

Apa yang penting semua pemain perlu mengekalkan prestasi dan memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan,” katanya ditemui di sini malam kelmarin.

“Thailand memang pasukan terbaik di rantau ini, namun saya optimis kita mampu mengatasi mereka jika semua pemain bijak memanfaatkan setiap peluang yang terhidang serta saling bantu-membantu pada sepanjang perlawanan.

“Semasa perlawanan di Singapura, kita mendahului mereka dua kali, namun akhirnya akur dengan kekalahan tipis 3-2,” katanya.

Membandingkan Thailand dan Vietnam, Sudarsono berkata berdasarkan pemerhatiannya, Thailand adalah pasukan yang kuat di rantau ini tetapi dalam perlawanan bola sepak banyak kejutan boleh berlaku.

Sudarsono yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, gandingan ‘kuda tua’ sekali lagi disandarkan untuk memburu kemenangan malam ini.

“ Pengalaman dan kepimpinan pemain senior seperti Mohd Shukor Adan dan Indra Putra Mahyuddin banyak memberi inspirasi kepada pemain-main muda untuk memberikan persembahan terbaik sehingga kita berjaya melangkah sejauh ini (final),” katanya.

Bel iau juga berharap penyokong-penyokong skuad Harimau Malaya terus memberikan sokongan tanpa mengira apa juga keputusan diperolehi serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Malaysia berada dalam kedudukan terbaik untuk memburu kemenanga n pertama kerana pemainpemain utama dilaporkan bebas daripada kecederaan dan penggantungan.

Perlawanan aksi kedua akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember ini.