Jom sertai Sarawak Cergas Fun Run di Limbang pada Sabtu ini

0

LIMBANG: Buat julung kalinya Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Bahagian Limbang menganjurkan Program Sarawak Cergas Fun Run 2014 pada Sabtu, 20 Disember ini di Dataran Jubli Emas, di sini bermula jam 6 pagi.

Timbalan Residen Limbang, Hamidah Halpi berkata sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu terbuka lelaki dan wanita berusia 16 hingga 44 tahun (jarak 8 kilometer), veteran lelaki dan wanita berusia 45 tahun ke atas (jarak 4 kilometer) dan remaja lelaki dan wanita bawah 15 tahun (jarak 4 kilometer).

Beliau berkata, pelbagai hadiah lumayan menanti pemenang menawarkan wang tunai RM400 (juara), kedua (RM250) dan ketiga (RM150) bagi kategori lelaki dan wanita terbuka.

“Manakala ganjaran wang tunai RM300 menanti pemenang (johan) bagi kategori veteran campuran lelaki dan wanita dan remaja lelaki dan wanita, kedua (RM250) dan ketiga RM150),” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Turut sama Pegawai Penguasa Pejabat Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Bahagian Limbang Latipah Yusop, Pegawai Tadbir Sosial, Sailful Bahri Alwi dan ketua-ketua jabatan.

Hamidah berkata, pelbagai aktiviti sampingan mengisi slot Sarawak Cergas Fun Run membabitkan senamrobik, fun run, poco-poco, zumba dan karaoke sebelum pelepasan larian.

Sarawak Cergas Fun Run adalah anjuran Kementerian Pembangunan Sosial (Pejabat Pembangunan Sosial Limbang) dengan kerjasama Pejabat Residen, agensi-agensi kerajaan serta Wakil Servis Proton Limbang, Chua Eng Hin.

Borang penyertaan boleh didapati di pejabat KPS Limbang dan tarikh tutup penyertaan pada 19 Disember ini sebelum jam 4 petang.