Tindakan tegas jika terlibat rasuah, kata Badrul

0

 

SIBU: Kontraktor, pemegang saham dan peniaga dalam sek­tor korporat mahupun per­niagaan diingatkan bahawa mereka boleh disenarai hitam, digantung atau diambil apa-apa tindakan tegas jika terlibat rasuah dan sogokan.

Menurut Pengarah Suru­hanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sarawak Badrul Shah Nor­man, cadangan tindakan tegas kepada entiti korpo­rat terlibat dengan rasuah bagi mendapatkan sokongan dalam memperoleh kontrak diterima serta dilulus kera­jaan.

“Malah ada syarikat korpo­rat yang digantung daripada menyertai mana-mana kon­trak kerana terlibat rasuah. Ini membuktikan keseriusan SPRM dan kerajaan dalam menangani isu rasuah,” ka­tanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang di­baca oleh Penolong Pesuruh­jaya SPRM Negeri Sarawak Abdul Rahman Yaakub pada majlis perasmian Taklimat Ikrar Integriti Korporat Agensi Kerajaan dan Swasta Dalam Sektor Perhutanan di Sarawak yang berlangsung di Hotel Kingwood di sini.

Katanya amalan rasuah melemahkan tadbir urus yang baik malah memesong dasar awam sehingga mengaki­batkan ketirisan dalam agihan sumber yang menyebabkan kesengsaraan masyarakat.

“Mengawal amalan sogokan hanya boleh dilaku dengan kerjasama pihak berkepentin­gan dalam sistem integriti. Pal­ing penting, ia harus mendapat kerjasama dan kepercayaan daripada kerajaan, syarikat swasta, GLC, dan MNC serta orang awam,” ujarnya.

Berhubung program pagi itu, katanya, Ikrar Integriti Korporat (CIP) merupakan salah satu elemen menbend­ung gejala rasuah dalam sek­tor korporat.

“Ini merupakan peranan sektor korporat untuk ber­sama-sama membantu SPRM menangani isu rasuah teru­tama sebagai langkah kawa­lan dalaman organisasi dan syarikat.

“Program ini bertujuan menyampai maklumat ba­hawa SPRM turut mempu­nyai mekanisme tersendiri dalam usaha mencegah rasuah melalui beberapa pendekatan antara SPRM, sektor korpo­rat dan badan berkanun,” katanya.

Justeru jelasnya, kesan daripada menandatangani CIP ini boleh dilihat daripada dua aspek seperti organisasi atau syarikat yang menan­datangai CIP akan membuat pendirian jelas bagaimana ia beroperasi dan didokumen secara bertulis.

“Kedua, ikrar ini boleh di­gunakan oleh organisasi atau syarikat sebagai tanda aras memisahkan mereka dari­pada pihak berkepentingan bahawa operasi perniagaan yang dijalankan tidak meli­batkan apa-apa risiko atau kos tersembunyi berkaitan rasuah,” jelasnya.