Freeway juara futsal Piala Krismas 2014

0

MIRI: Pasukan Freeway muncul juara keseluruhan Pertandingan Futsal Piala Kris­mas 2014 selepas mengalahkan Miri Bavarians A pada perlawa­nan akhir, baru-baru ini.

Selaku juara, pasukan Free­way membawa pulang wang tunai RM1,000, piala dan medal manakala pencabarnya, Miri Bavarian A menerima RM500, piala dan medal.

Pasukan Mayau FT, yang berada di ranking ketiga pertandingan tidak pulang dengan tangan kosong apa­bila menerima RM300, piala bersama medal iringan.

Sebanyak 48 pasukan meny­ertai pertandingan itu yang berlangsung dari 11 hingga 14 Disember lalu di Stadium Tertutup Miri.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah dis­ampaikan oleh penganjurnya, Lee Jong Soon.