Hasrat SBA berdialog disambut baik jurulatih, ibu bapa pemain

0

KUCHING: Hasrat Per­satuan Badminton Sarawak (SBA) untuk berdialog bagi menyelesaikan beberapa isu disambut baik jurutlatih dan ibu bapa pemain B12 dan B15.

Sebelum ini, SBA menda­pat kecaman kerana tidak menghantar pemain untuk menyertai kejohanan antara negeri kebangsaan 100PLUS kumpulan umur.

Hanya Sarawak yang merupakan antara 13 negeri gabungan Persatuan Badmin­ton Malaysia (BAM) tidak menghantar wakil.

Ia juga pertama kali SBA tidak mendaftar untuk meny­ertai kejohanan tersebut.

Keadaan itu menyebab­kan jurulatih dan ibu bapa pemain kecewa kerana SBA tidak berusaha untuk mem­beritahu mereka mengenai keputusan itu.

Sedangkan pemain men­jalani latihan intensif sebelum mengetahui berita Sarawak tidak terlibat dengan kejo­hanan tersebut menerusi la­man web kejohanan.

Sebelum ini, SBA hanya berdiam diri apabila setiausah­anya mahu dialog diadakan.

Justeru semua pihak yang terlibat mahu SBA men­gadakan dialog dengan seg­era.