Thailand juara Piala AFF Suzuki

1

SENGIT: Pemain Thailand, Chanatip Songkrasin (merah) diasak pertahanan Malaysia, S.Kunalan pada final kedua Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia menentang Thailand di Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur, malam tadi. Malaysia tewas 4-3 menerusi agregat. — Gambar Bernama

Harapan Malaysia untuk merangkul kejuaraan punah apabila tewas 4-3 menerusi agregat

KUALA LUMPUR: Hara­pan Malaysia untuk men­julang Piala AFF Suzuki 2014 punah apabila tewas 4-3 menerusi agregat ke­pada Thailand walaupun mencatatkan kemenangan 3-2 pada perlawanan akhir kedua yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Pada pertarungan sengit penuh mendebarkan itu, Malaysia yang disokong padu oleh lebih 90,000 penyokong termasuk Ul­tras Malaya, terus melan­carkan serangan bertali arus sebaik sahaja pengadil dari Iran, Faghani Alireza Mohammad meniup wisel permulaan.

Usaha itu berhasil apa­bila Faghani menghadi­ahkan sepakan penalti ke­pada Malaysia pada minit keenam tatkala penyerang Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan dalam kotak penalti.

Maestro di tengah pa­dang, Safiq Rahim dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti menga­tasi penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan.

Skuad ‘War Elephants’ bagaimanapun bangkit apabila mengatur ger­akan-gerakan berbahaya menerusi pemain sayap lincah mereka, Thawikan Kroekrit dan pemain ten­gah Chanathip Songkrasin, namun benteng pertahanan mereka diketuai oleh Mu­hammad Shukor Adan berjaya bertahan.

Stadium Nasional berge­ma lagi apabila Indra Putra Mahayuddin menanduk masuk gol kedua Malaysia menerusi hantaran lintang Norshahrul pada masa kecederaan babak pertama sekali gus meletakkan skuad Harimau Malaya di kedudu­kan selesa menuju ke 45 minit kedua.

Babak kedua bermula dengan rentak sama den­gan keyakinan penyokong membuak-buak apabila Malaysia mendahului 3- 0 menerusi satu lagi gol Safiq pada minit ke-58. Pada kedudukan itu, Ma­laysia sudah mendahului 3-2 menerusi agregat dan berada di landasan tepat untuk merangkul kejuar­aan.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Kiatisuk Sena­muang yang rata-rata diba­risi pemain muda enggan mengalah, malah bangkit mengasak untuk mencari gol.

Anak-anak buah Dol­lah Salleh bagaimanapun tersentak apabila Thailand menjaringkan gol pertama mereka pada perlawanan malam tadi menerusi pe­main sensasi, Charyl Chap­puis pada minit ke-82 sekali gus meruntun harapan penyokong tuan rumah.

Segala harapan Malay­sia untuk menjulang pia­la tersebut musnah sama sekali apabila Thailand meledakkan gol kedua pada minit ke-87 menerusi Chanathip Songkrasin.